Muqaddimah
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 2:33 AM 0 comments
Labels: Muqaddimah
Mengenai Pengarang
Terima kasih kerana mengunjungi Blog ini..Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik, sila gunakan Mozilla Firefox. Segala komen/cadangan amatlah dialu-alukan. Sekiranya saudara/i ingin bicara sesuatu coretlah pada ruangan hiwar yang di sediakan. Harapan ana semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi manfaat dan kebaikan buat semua..
= SILA HUBUNGI =
====== Email : natrah_abadie@yahoo.com ======
Nama Pemilik:
Nazraton Aiedah Binti Isa
Asal-Usul:
Berasal dari Kampung Datok, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Pendidikan:
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar, Kedah dari darjah 1 hingga 6. Seterusnya ana melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SM(A) Al-Kahairiah, Kuala Nerang, Kedah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas tamat SPM, ana berpindah ke Sek. Men Agama Persekutuan Labu di Negeri Sembilan. Setelah tamat STPM ana melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah sarjana Muda Pendidikan Islam di UKM sekarang.
=Kata-kata Pengarang =
Penulisan yang terhasil di dalam blog ini sama sekali tidak ada kena mengena dengan peribadi sesiapa dan mana-mana pihak samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. tetapi sekiranya terdapat topik-topik yang menyentuh perihal mana-mana individu atau mana-mana pihak, kalam ini bukan berniat untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah sesiapa. ianya sekadar renungan, pedoman dan iktibar sahaja. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Segala yang baik itu merupakan ilham daripada Allah s.w.t jua, manakala jika ada keburukan adalah kelemahan penulis sendiri. Dengan harapan agar pelawat mengambil segala yang positif sahaja untuk di jadikan pedoman hidup. Walaubagaimana pun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya 100% . Ada kelebihan dan kekurangan dalam blog ini. Semoga apa yang di sampaikan menjadi panduan untuk semua.
Wallahu’alam.
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 2:29 AM 0 comments
Labels: Kenali Pengarang
19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
- Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "
- Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
- Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
- Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
- Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Saturday, October 25, 2008
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 12:38 AM 0 comments
Labels: Ilmuan
Always Friends
And it's hard to know what the future may hold.
Nothing really stays the same,
And when we least expect it our lives are changed.
If something ever changes
And we happen to lose touch
Please know that I'll always think of you
And miss you very much.
So before the world changes
I just wanted to say
I'm thankful that we're friends
Yesterday and today.
With time and fortune on our side
I hope we never part
But if we do, remember you
Are forever in my heart
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 12:26 AM 0 comments
Labels: Friends